ΔΙΕΘΝΗΣ ΕΛΛΗΝΙΚΗ ΗΛΕΚΤΡΟΝΙΚΗ ΕΦΗΜΕΡΙΔΑ ΠΟΙΚΙΛΗΣ ΥΛΗΣ - ΕΔΡΑ: ΑΘΗΝΑ

Ει βούλει καλώς ακούειν, μάθε καλώς λέγειν, μαθών δε καλώς λέγειν, πειρώ καλώς πράττειν, και ούτω καρπώση το καλώς ακούειν. (Επίκτητος)

(Αν θέλεις να σε επαινούν, μάθε πρώτα να λες καλά λόγια, και αφού μάθεις να λες καλά λόγια, να κάνεις καλές πράξεις, και τότε θα ακούς καλά λόγια για εσένα).

Πέμπτη 27 Φεβρουαρίου 2014

Kempen Tahun Melawat Malaysia 2014 Bersama Firefly Di Awan Biru

Tourism Malaysia dan Firefly telah bekerjasama untuk mempromosikan Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014 di rantau ini melalui paparan pengiklanan pada pesawat Firefly yang telah dilancarkan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Dato’ Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz, di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, di sini, hari ini.

“Kami gembira dapat bekerjasama dengan Firefly untuk meluaskan lagi promosi kempen TMM 2014 di pasaran domestik dan negara-negara ASEAN yang lain,” kata Dato’ Seri Mohamed Nazri.

Kempen pengiklanan yang dijalankan selama setahun ini merangkumi paparan logo TMM dan tema “Celebrating 1Malaysia Truly Asia” di bahagian luar badan 12 buah pesawat Firefly jenis ATR 72-600.

Sementara itu, bahagian dalam pesawat dihiasi dengan gambar-gambar tarikan pelancongan di Malaysia seperti kebudayaan dan makanan, pantai-pantai peranginan, dan destinasi ekopelancongan.

Logo TMM juga dipaparkan pada dinding kabin di bahagian depan dan belakang pesawat manakala risalah kalendar pelancongan utama Tourism Malaysia diletakkan di poket tempat duduk penumpang.

Syarikat penerbangan komuniti Firefly menerbangkan seramai 126,000 penumpang setiap bulan dan kempen pengiklanan ini dijangka akan dapat disebarkan kepada seramai 1.5 juta penumpang setahun menerusi penerbangan di Malaysia, Singapura, Thailand, dan Indonesia.

Ketua Pegawai Eksekutif Firefly Ignatius Ong berkata, “Kami gembira kerana dapat sama-sama menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2014. Firefly memberi perkhidmatan kepada pasaran yang khusus dan memenuhi kehendak pelancong dalam dan luar negara daripada segi laluan penerbangan dan tambang yang murah. Kami percaya bahawa pelancaran kempen pengiklanan Tahun Melawat Malaysia 2014 pada pesawat turboprop kami pastinya akan dapat membantu memenuhi agenda kerajaan untuk meningkatkan kedatangan pelancong sekaligus merangsang pertumbuhan industri pelancongan negara”.

Kempen pengiklanan TMM 2014 bersama-sama Firefly merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama sejajar dengan Pelan Transformasi Pelancongan Malaysia yang mensasarkan kedatangan pelancong seramai 36 juta orang dengan pendapatan pelancongan sebanyak RM168 bilion pada tahun 2020.

Source:-Tourism Malaysia